Stok kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Pada masa kini, kesemua laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) berjalan dengan kereta api berpanjangan di antara tiga hingga enam gerabak,[65][66][67] kecuali untuk Laluan Thomson–Pantai Timur masa depan yang menggunakan kereta api empat gerabak. Sejak konsep sistem pada 1987, kesemua laluan kereta api telah dikuasakan dengan rel ketiga 750 volt DC kecuali untuk Laluan Timur Laut yang dikuasakan dengan talian atas 1500 volt DC. Laluan Timur Laut dan Timur Barat menggunakan sistem kendalian kereta api automatik yang serupa dengan aliran Victoria bagi London Underground.[67]

Jadual berikut menyenaraikan rangkaian kereta api yang digunakan dalam MRT Singapura.

NamaLaluanBilangan
gerabak
JumlahMula berkhidmatBekalan kuasaHarga
C151Utara Selatan
Timur Barat
6400[68]7 November 1987750 V DC
rel ketiga
S$581.5 juta[65][69]
C6516114[70][71]20 September 1994S$259 juta
C751B6126[68][72][a]28 January 2000S$231 juta
C151A6210[73][74]27 Mei 2011S$368 juta[75]
C151B627016 April 2017S$281.5 juta
C151C67230 September 2018[76]$136.8 juta[77][78]
CR151[79]6662021[80]
C751ATimur Laut615020 Jun 20031500 V DC
katenari atas
N/A
C751C61081 Oktober 2015S$234.9 juta[81]
C851E36S$249.9 juta[82]
Circle (Lingkaran)333750 V DC
rel ketiga[83]
C830312028 Mei 2009S$282 juta[84]
C830C37226 Jun 2015S$134 juta[85]
C951/C951ADowntown (Pusat Bandar)3276[86][87]22 Disember 2013[88]S$689.9 juta[86][89][b]
CT251Thomson–Pantai Timur43642019750 V DC
rel ketiga[90]
S$749 juta[91]
↑[a] Kawasaki Heavy Industries menghasilkan 66 gerabak dan Nippon Sharyo menghasilkan 60 gerabak 

↑[b] Dua pesanan berasingan bagi C951 telah dibuat. Angka yang disenaraikan merupakan jumlah keseluruhan 

Tiada lagi stok kereta api yang ditamatkan penggunaannya; dengan kereta api tertua C151 beroperasi sejak perasmian sistem MRT pada 1987.[65] Kereta api–kereta api lama telah diperbaharui dibawah skim pembaikan untuk meningkatkan jangka hayat serta mematuhi kod keselamatan dan kebolehgunaan.[92][93] Kereta api yang dibaikpulih dan baru mempunyai reka bentuk yang lebih rapi, sistem maklumat penumpang yang ditingkatkan, penambahan tiang pemegang, tempat duduk lebih luas, ruang yang lebih besar berhampiran pintu, ruang untuk kerusi roda dan kamera litar tertutup (CCTV).[94][95] Sebagai percubaan, rak–rak bagasi telah dipasang pada kereta api–kereta api C751B untuk berkhidmat kepada pengguna di laluan cabang Laluan Terbang Changi.[96] Walau bagaimanapun, skim ini dibatalkan pada Jun 2002 dan rak bagasi telah dikeluarkan.[97][98]

Kesemua kereta api diberi kontrak melalui tender terbuka dengan nombor–nombor kontrak membentuk nama stok yang paling dikenali. Sumber–sumber rasmi kadang–kala merujuk kereta api bagi Laluan Utara Selatan dan Barat Laut sebagai kereta api generasi bernombor, dengan stok C151 menjadi yang pertama dan yang stok terbaru C151C menjadi yang keenam.[99]

Contoh stok kereta api yang digunakan dalam sistem MRT
  • Kereta api C151, jenis stok tertua dalam MRT Singapura
  • Kereta api C751A di Depot Sengkang
  • Kereta api C751B di stesen MRT Eunos

Rujukan

WikiPedia: Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) http://www.alstom.com/press-centre/2012/2/alstom-t... http://itunes.apple.com/sg/app/mytransport-singapo... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembinaa... http://www.bootsnall.com/articles/11-11/15-of-the-... http://www.channelnewsasia.com/cna/obituaries/ongt... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/govt...